Vinícius Júnior
Vinícius Júnior

Vinícius Júnior

Vinícius José Paixão de Oliveira Júnior (lahir 12 Julai 2000), lebih dikenali sebagai Vinícius Júnior atau Vini Jr. (pt-BR),[3] ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi di posisi sayap untuk kelab La Liga, Real Madrid dan pasukan kebangsaan Brazil. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia, beliau dikenali sebagai pemain yang tangkas, kemahiran menggelecek yang kuat dan gaya permainannya.[4][5][6][7][8]Dilahirkan di São Gonçalo, Vinícius telah memulakan kariernya di Flamengo, apabila beliau melakukan kemunculan sulungnya pada tahun 2017 sewaktu usia 16 tahun. Pada seminggu kemudian, Vinícius menjadi pilihan untuk perpindahan ke kelab Real Madrid yang membelinya dengan nilai £38 juta sekali gus menghasilkan rekod negara bagi pemain bawah-18 tahun.[9] Perpindahan tersebut berkuat kuasa selepas hari ulang tahun beliau yang ke-18. Vinícius telah melakukan kemunculan sulungnya pada musim 2018–19]. Semasa musim keempat beliau, Vinícius berhasil membuktikan beliau sebagai tonggak utama pasukan dengan membantunya merangkul gelaran La Liga 2021–22[10] dan menjaringkan gol kemenangan pasukan dalam aksi final Liga Juara-Juara UEFA 2021-22.[11]Sebagai pemain muda Brazil, beliau menjadi kunci kemenangan pasukan semasa Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan B-15 2015 dan Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan B-17 2017 dengan menjadi penjaring terbanyak buat kedua-dua kejohanan itu. Beliau melakukan debut untuk pasukan senior pada tahun 2021 dan membantu pasukannya menjadi naib juara di Copa América 2021 dan mewakilinya ke Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Rujukan

WikiPedia: Vinícius Júnior https://web.archive.org/web/20200615194220/http://... http://actas.rfef.es/actas/RFEF_CmpActa1?cod_prima... https://www.realmadrid.com/en/football/squad/vinic... https://forvo.com/word/vin%C3%ADcius_j%C3%BAnior/ https://www.espn.in/football/story/_/id/37949390/f... https://www.theguardian.com/football/ng-interactiv... https://www.sportskeeda.com/football/news-ballon-d... https://www.goal.com/en-in/lists/ballon-dor-2023-p... https://onefootball.com/fr/news/vinicius-junior-ti... https://www.bbc.com/sport/football/44904288